plugin&play
sometimes music saves our souls Gratisan Musik | ||||||||
a z a m |
0 comments Wednesday, August 5, 2009, 9:34 AM
.renungAN.
"Nak tanya apa? jangan tanya soalan susah-susah." Haliza tersenyum dan berpaling, "Bagaimana kita nak lari daripada keadaan yang membuat kita tertekan?" Pakcik KJ diam, memandang ke hadapan. Memandang pokok yang pernah dia panjat. Kemudian dia berpaling kepada Haliza di sebelah kirinya. "Pakcik tak sekolah tinggi. Tak tahu macam mana nak jawab soalan kamu itu, cuma pakcik tertekan pakcik lepaskan tekanan. Sebab pakcik tahu, pakcik tidak kuat hendak menampung tekanan. Masalahnya, kita selalu keliru, sama ada mahu melepaskan tekanan ataupun melupakan tekanan," terang pakcik KJ. "Maksud pakcik?" "Misalnya kita tertekan dengan keluarga, dengan sekolah, pilihan kita yang ada bagi melepaskan tekanan itu adalah bersukan, menulis, menjerit, menangis, menonton wayang, dan macam-macam lagi. Tetapi terkadang apabila sudah membuat semua itu, tekanan masih bersisa. Jadi pilihan yang ada hanyalah melupakan tekanan. Bukan melepaskan. Sebab itu ada yang mengambil dadah, cuba membunuh diri. Kerana mereka memilih melupakannya. Sedangkan tekanan itu bukannya sekadar memori, ia ada dalam hati. Jadi kita perlu melepaskannya," terang pakcik KJ lagi. Cukup panjang lebar. Haliza tersenyum. Wah, tidak sangka pakcik KJ berkata seperti itu. "Jadi apa yang sebaik-baiknya saya perlu buat?" Pakcik Kj diam. Kemudian dia memandang Haliza dan berkata, "Tekanan itu tidak akan ada dalam hati kita secara kebetulan. Ia ada dalam hati kita kerana ada tujuannya. Jadi kita perlu tahu tujuan tekanan itu dan sebab ia ada dalam hati kita." "Apa tujuannya, pakcik?" "Tujuan tekanan ada dalam hati kita adalah bagi mengingatkan kita ini adalah hamba Tuhan. Tuhan memberikan ujian dalam pelbagai cara. Salah satunya, tekanan. Jadi apabila kita tahu tujuan tekanan itu sebagai ujian, maka kita tahu cara melepaskannya dengan perlahan-lahan." "Bagaimana?" "Jangan soal hati kita, mengapa tekanan itu hadir. Soal juga perbuatan kita. Soal masa lepas kita dan soal segala-galanya. Tetapi jangan harapkan jawapan daripada mereka, harapkan jawapan daripada Tuhan. Berdoa memohon dipermudahkan hidup ini, doa semoga dilepaskan tekanan dari hati kita. Lambat ataupun cepat, Tuhan akan memberikan jawapan pada soalan-soalan kita. Dan suatu hari nanti, kita akan tersenyum, kerana tanpa sedar tekanan itu sudah terlepas. Cuma perlu diingat, selagi kita hidup, selagi itu tekanan silih berganti." "Jadi, saya sekarang saya perlu soal hati saya?" tanya Haliza. "Ya soal hati kamu. Soal hati kamu semasa kamu sedang berdoa. Jadikan diri kamu hamba yang sebetul-betul hamba kepada Tuhan. Hamba yang mengharapkan jawapan dan memerlukan bantuan." Pakcik KJ tersenyum dan terus bangun bagi menyambung joging. Ada lagi dua pusingan. |
thedeceptionist .meski ku rapuh dalam langkahku. .kadang tak setia kepadaMu. .namun cinta dalam jiwa. .hanyalah padaMu. .maafkanlah bila hati. .tak sempurna mencintaiMu. .dalam dada ku harap hanya. .diriMu yang bertahta. +siput sedut+ +insan+ +muslim+ +1992+ +smih+ Azam Adzlan Create Your Badge |
partnersincrime
+ .abbas. + .abe fahmi. + .abg ashraf. + .mubarak. + .batch sebelas. + .ishraf hakim. + .unye aminuddin. + .syafiq y. + .irfan masiri. + .ammar roslan. + .anwar husaini. + .ust anuar. + .hazim asri. backtoyesterday
+ .ulangtahun. + .appendix. + .reunion usrah. + .cuti.sekolah. + .rintihan cinta. + .carilah hatimu. + .mandi. + .ke jusco tebrau. + israk mikraj + ...kebencian... wheni'mgone
+ April 2009 + June 2009 + July 2009 + August 2009 + September 2009 + October 2009 + November 2009 + December 2009 + January 2010 + March 2010 + April 2010 + May 2010 + July 2010 + April 2011 + May 2011 + September 2012 takeabow
An accidentality production Inspiration from DancingSheep & BONBON:D |
theventingmachine |